Sunday 30 March 2014

Pembantu Rumah Nora Danish Yang Cun



Melalui akaun Instagram beliau, Nora Danish telah mengambil gambar "pembantu rumahnya"
Kedua-duanya pada ketika itu sedang berada di dapur. Dan Nora seperti mengambil candid bersahaja wajah kedua-dua mereka

#Sebenarnya mereka ini adalah adik beradik nora danish. LOL

Tuesday 25 March 2014

Sejak 17 hari lalu, rakyat Malaysia dan seluruh dunia dihimpit perasaan pilu sebaik berita tempatan serta antarabangsa melaporkan pesawat MAS MH370 hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Sepanjang lebih tiga minggu misi mencari dan menyelamat dijalankan, malam semalam menjadi detik paling mendukacitakan apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan bahawa Lautan Hindi menjadi lokasi terakhir MH370.
Ini sekaligus bermaksud kapal terbang yang membawa 239 penumpang termasuk kru dan dua juruterbang terhempas di lautan tersebut berhampiran barat Perth.
Perkhabaran sedih itu pastinya amat sukar untuk diterima dan ditelan oleh kaum keluarga mangsa biarpun kebanyakan daripada mereka ternyata redha dengan sebarang kemungkinan.
Namun salah seorang penyampai radio popular, Fara Fauzana mengambil pendekatan bijak dengan menjadi teman berborak kepada Maira iaitu anak ketua pramugara , Andrew Nari yang turut berada di dalam pesawat berkenaan.
Fara Fauzana Kongsi Perbualan & Sampaikan Pesanan Anak Ketua Pramugara #MH370 Di Laman Sosial
Mungkin dengan cara sebegitu, Fara dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang masyarakat prihatin dalam membantu meringankan beban kaum keluarga mangsa yang terlibat.
Fara Fauzana Kongsi Perbualan & Sampaikan Pesanan Anak Ketua Pramugara #MH370 Di Laman Sosial
Menerusi laman Instagram Fara pagi ini, selebriti itu turut berkongsi perbualannya dengan gadis bernama Maira berusia 18 tahun itu yang disifatkan cukup tabah menghadapi dugaan ini.
Fara Fauzana Kongsi Perbualan & Sampaikan Pesanan Anak Ketua Pramugara #MH370 Di Laman Sosial
Fara Fauzana Kongsi Perbualan & Sampaikan Pesanan Anak Ketua Pramugara #MH370 Di Laman Sosial
Malah Maira turut melahirkan rasa syukur atas kata-kata semangat dan doa yang diberikan oleh seluruh masyarakat. Tiada apa yang mampu diberikan oleh gadis itu selain berharap Tuhan dapat membalas jasa mereka.
Fara Fauzana Kongsi Perbualan & Sampaikan Pesanan Anak Ketua Pramugara #MH370 Di Laman Sosial
Dengan apa yang berlaku ketika ini, kami di ADMIN! mengucapkan takziah kepada keluarga dan mereka yang mempunyai pertalian rapat dengan mangsa. Semoga mereka terus tabah dan sentiasa kuat menghadapi dugaan.

Monday 24 March 2014

www.mynewshub.my

Di kala semua berusaha… apa kata kita imbau kembali sebahagian penumpang yang berada di MH370 dalam penerbangan ke Beijing 8 Mac lalu…dan doakan yang terbaik untuk mereka semua.
www.mynewshub.my
Norli Akmar Hamid, 33, dan Mohd Razahan Zamani, 29,  yang baru berkahwin setahun yang lalu dalam perjalanan untuk bercuti.
www.mynewshub.my
Sofuan Ibrahim, 33 menerima penawaran jawatan yang menarik dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan sedang dalam perjalanan ke Beijing untuk melaporkan diri bagi bertugas.
kranti
Kranti Shirsath, 44 dalam perjalanan untuk bertemu suaminya Pralhad Shirsath. Kedua pasangan ini banyak hidup berjauhan dalam tempoh 17 tahun lalu akibat komitmen kerjaya masing-masing. Mereka dalam perancangan untuk hidup bersama sebagai satu keluarga sempurna di India.
tan wei
Tan Wei Chew (kiri), 19 baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah junior college dan dalam perjalanan ke Beijing untuk bercuti bersama ibu bapanya. Dia merancang untuk melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat. Dia dan kedua ibu bapanya masih hilang.
andrew nari
Andrew Nari, Ketua Pramugara penerbangan MH370 yang kerap keluar negara akibat tugasnya itu. Anak perempuannya begitu merinduinya kini.
noorida
Noorida Mohd Hashim, 57, baru sahaja pencen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diberikan sambutan selamat tinggal yang hangat oleh rakan-rakannya. Semua itu berlaku 12 sebelum beliau mula terbang ke Beijing untuk bercuti.
www.mynewshub.my
Datuk Mohamed Ramli Abbas, Pengerusi Kumpulan Modal Perdana, beliau tidak ke Beijing tetapi isteri dan dua anak perempuannya berada dalam penerbangan MH370. 

nsna4

nsna5

nsna3

nsna6
nsna2