Saturday 19 April 2014

GAMBAR TERKINI DON MUSTOFA, ANAK USTAZ DON

Gambar terkini Don Mustofa, anak Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Mohd Zahry yang baru-baru telah sah bergelar seorang doktor. 

Untuk info, Don Mustofa lahir di Mesir kira-kira sebulan lalu ketika ibunya sedang menuntut di University Cairo, Mesir (Kasr El-Ainy Medical Faculty). 

Klik gambar untuk size besar
 



 
Ternyata kontroversi yang menggunung tinggi timbul apabila Wardina berkongsi sebuah video koleksi ceramah Ustaz Don dan memohon para alim ulama untuk menyiasat isi kandungan ceramah ustaz selebriti itu. Ribuan komen diterima di laman Facebook Wardina. Ada yang menyokong, ada yang membangkang, dan tak kurang yang mengecam Wardina kerana seolah-olah mengaibkan Ustaz Don.


Malah siap timbul spekulasi kononnya ini adalah hasil kerja salah seorang krew TV yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat turut sama ke United Kingdom bersama Ustaz Don.

wardina-dan-don-daniyalMahu menjernihkan keadaan, Wardina telah menulis satu respons panjang lebar untuk menerangkan perkara sebenar. Tulis Wardina:-

Bismillah,

Saya terkejut dengan respons untuk post Ustaz Don. Seharian sibuk dan melihat response yang berbagai sebelah petangnya. Cukup sedih membaca sesetengah dari komen-komen. Saya mahu kepastian dengan isi penyampaian ustaz setelah dishare video ini di inbox saya, dan ditanya oleh seseorang. Saya biasa bertanya dan berkongsi permasalahan dan persoalan yang ditanya kepada saya.

Saya TIDAK pernah 1.MENGUTUK 2.MENGECAM 3.MEMPERLEKEHKAN Ustaz. Saya tak pasti dan kecil hati serta keliru melihat pertuduhan Ustaz kepada Ikhwanul Muslimin (halal darah mereka…Ikhwanul Muslimin adalah salafy wahabi?) dan sesetengah kisah yang ustaz bawa. TIdak ada kata-kata kesat mahupun tidak baik dari saya. Semuanya jujur dari hati.

Kita semua perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan. Ada khabar angin entah dari mana mengenai staff di TV Hijrah minta saya upload video TIDAK BENAR. Saya tak kenal staff tersebut.

“Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut.”

??? Tak ada masa saya ikut cakap staff yang saya langsung tak kenal. Agak tak masuk akal. Sebenarnya tak masuk akal langsung.

Saya sebagai seorang yang mahukan kebenaran, mencari dan bertanya. Saya suka bertanya. Saya ikhlas bertanya. Bukan ada niat tersembunyi dimana-mana. Banyak perkara yang saya kongsi di FB. Ini satu daripadanya. Saya ingat pada mulanya mahu kita berdiskusi, namun jelas kita belum boleh bersifat terbuka. Maafkan saya.

Video tersebut…ya iainya diedit… namun pada saya ianya BUKAN video aib. Itu ceramah ustaz, apa yang aib tentang ceramah ustaz? Menggali masa silam saya, ya itu aib. Maafkan saya kerana cuba bertanya. Sebab saya ini jahil, tidak ada ilmu. Ramai yang berkata kepada saya kenapa tidak bertanya secara ‘private’? Sebab jujur sebelum ini saya rasa tak perlu, sebab ianya BUKAN video aib. Ianya ceramah ustaz. BUKANnya video mengaibkan ustaz. Saya tidak lihat ianya sebagai mengaibkan ustaz.


Saya juga tidak ada handphone Ustaz Don. Setelah ini terjadi maka saya mencari dan sudah sms Ustaz tadi setelah bertanya kepada rakan. InsyaAllah saya yakin Ustaz akan jawab. Saya akan cuba hadir ke kuliah Ustaz dan cuba bersemuka dengan Ustaz InsyaAllah. Saya orang yang jujur. Tak ada yang mahu disembunyikan. Ustaz orang yang baik, saya pernah berjumpa dengan Ustaz dan Husna di rumah Prof Muhaya. Saya hormat Ustaz sebagai orang yang lebih alim dan berilmu dari saya. Saya ni pula pendosa.

Ini bukanlah personal attack kepada ustaz. Cuma mahu bertukar pendapat secara terbuka mengenai “inti” ceramah ustaz. Orang ramai memang dah tahu, kerana ianya ceramah umum. It’s something public anyway. It has always been public. Boleh sama-sama bertukar pendapat dan dibahaskan. Nobody should take this personally. THINK. I just want us to think. BUKAN nak mengutuk. But to be more open with ideas.

Saya tak kenal Puteri Nur Dayana. Wahabi, salafy, sufi, geng habib, ahbash, syiah, Ahli Sunnah, ahli Bidaah, macam-macam gelaran…Saya masih belajar. Jangan hina saya. Jangan hina mana-mana saudara kita. Kita semua ada pendapat masing-masing. Teruskan mencari ilmu. Itu saja kuncinya.

Jika orang yang mahu mencari kebenaran seperti saya dikecam, saya bimbang kita menjadi masyarakat yang tidak mampu berfikir. Saya bersikap terbuka dengan teguran. Terima kasih. Saya bertanya. Video tersebut bukan video yang memalukan. BUKAN video aib.

Sekali lagi, saya tidak mengecam ustaz. Video tersebut BUKAN video aib. Maafkan saya. Saya sudah cuba… saya tidak terdaya.

Moga Allah melorongkan setiap dari kita ke jalanNya yang lurus. Kerana akhirnya kita semua mahukan destinasi yang satu..yang kekal abadi. Dunia ini permainan.

***Artis yang Jahil. Maafkan saya.

Semua komen yang tidak berhemah akan diblock dan dipadam. Malu membaca sesetangah komen dari kita yang menggelarkan diri Muslim.

Dalam status terbarunya, Wardina telah pun mengakui dirinya tidak sepatut menulis dan berkongsi video tersebut. Kata Wardina:-

Saya setuju pendapat yang mengatakan saya patut PM Ustaz untuk dapatkan penjelasan. Sorry. I am not in contact with him. I will try to be.

Saya orang tiada ilmu. Setuju. I should sound less intimidating. Saya tak patut tulis status sebegitu. Saya tak patut suruh TV Hijrah menyemak kandungan Ustaz. Siapa saya? Sedar. Pendosa. Thank you for the reminder.

Ustaz lulusan tinggi bukan seperti saya. Setuju. Siapa saya? Nobody. Absolutely Nobody.

Maafkan saya.

Ikhlas.

No this is not sarcasm nor do I seek for anything. It is sincere.

Semoga Wardina dan Ustaz Don dapat bertemu secepat mungkin untuk menjernihkan keadaan yang amat keruh ini. Semoga mereka berdua akan dapat penjelasan yang diimpikan. Kepada peminat Wardina dan Ustaz Don, jangan gaduh-gaduh. Anggaplah ini sebagai satu perbincangan ilmu untuk kita semua.

Thursday 17 April 2014



“ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”



Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen  yang sama di Twitter beliau, lapor Malaysian Digest
Ini rasanya kenyataan pertama dari Fasha Sandha tentang kehamilan kali kedua beliau sejak ianya menjadi bualan para peminat beberapa minggu lalu & dalam sesi fotografi bersama majalah EH! — selebriti nampak sangat berseri dan cantik.
Menjawab kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan kehamilan kedua Fasha Sandhaterlalu rapat dengan anak pertama, beliau menganggap semua ini merupakan ketentuan Tuhan.
“Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,” jawab Fasha Sandha apabila diajukan soalan berkaitan.
Usia anak pertama Fasha dan suaminya yang mesra dipanggil Jejai baru sahaja mencecah setahun pada hari penggambaran ini (Selasa lalu). Menurut Fasha anaknya itu tidak berapa sihat sejak pulang dari bercuti di luar negara baru-baru ini.
Pabila ditanya tentang jantina anak keduanya ini tentu sekali beliau mahukan anak perempuan — namun beliau menerima sahaja pemberian Tuhan dengan penuh rasa syukur.
#02 Cepat Hamil Anak Kedua -- Fasha Sandha Anggap Rezeki, Mahu Anak Perempuan - ROTIKAYA
#03 Cepat Hamil Anak Kedua -- Fasha Sandha Anggap Rezeki, Mahu Anak Perempuan - ROTIKAYA
#01 Cepat Hamil Anak Kedua -- Fasha Sandha Anggap Rezeki, Mahu Anak Perempuan - ROTIKAYA

Wednesday 16 April 2014

Teruja Sambut Anak Pertama, Isteri Kedua Ashraf Muslim Buat Photoshoot Anak
Menjadi  seorang ibu tentunya menjadi saat-saat paling indah dan bermakna dalam kehidupan seorang wanita. Justeru, ramai ibu bapa di luar sana yang merakamkan foto-foto indah diawal kelahiran anak mereka.
Seperti pasangan lain, pelakon kacak Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah turut merakamkan saat-saat manis bersama anak perempuan mereka.
Melalui laman sosial Instagram milik Wan Sakinah, beberapa keping foto anaknya ketika menjalani sesi photoshoot telah dimuat naik dan dikongsi bersama peminatnya.
Teruja Sambut Anak Pertama, Isteri Kedua Ashraf Muslim Buat Photoshoot Anak
Bertuah sungguh puteri sulung Ashraf Muslim ini, mana taknya, kecil-kecil lagi sudah ada sesi photoshoot yang diambil oleh jurugambar profesional bagi mengabadikan kenangan si comel ini.
Malah, dia turut berkongsi foto romantis mereka bertiga. Wah, bahagia sungguh nampaknya pasangan ini selepas kelahiran bayi sulung mereka.
Peminat juga turut teruja dengan foto-foto bayi comel ini dan ada juga yang turut mendoakan agar kebahagiaan mereka sekeluarga akan terus kekal.
Kalau nak tahu, Sarah Ashraf telah selamat dilahirkan pada 5 April lalu di Tropicana Medical Centre.Kami sediakan koleksi foto-foto anak Ashraf Muslim khas buat tatapan anda.
Screen Shot 2014 04 15 at 3.54.28 PM
Screen Shot 2014 04 17 at 12.22.54 AM
Screen Shot 2014 04 17 at 12.49.58 AM
Screen Shot 2014 04 17 at 12.49.30 AM
Screen Shot 2014 04 15 at 3.53.44 PM
Mungkin berita gembira yang ingin didengar oleh para peminat pasangan selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Zizan Razak dan Emma Maembong.
Zizan Razak dalam satu temubual bersama Media Hiburan baru baru ini mengakui yang hubungan beliau dan Emma Maembong kini dalam fasa serius dan mereka telah isytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih pada 24 Februari 2013 lalu.
“Kami mula serius atau dalam erti kata lain ‘declare’ sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment”
“Soal kahwin, insya-Allah bulan Januari 2015. Ini kerana kami perlu melihat segala kontrak yang kami ada dahulu,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Abang Long Fadil.
#47 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#45 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#43 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#42 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#41 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#40 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#50 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

#49 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA
#48 Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 - ROTIKAYA

Tuesday 15 April 2014

Meskipun ada segelintir pihak yang masih tidak percaya bahawa Fasha Sandha kini hamil kali kedua kerana berita itu masih belum disahkan oleh Fasha sendiri, namun gambar kadangkala mampu menceritakan segala-galanya. 

Fasha dan keluarga besar Jejai yang kini sedang menyambung cuti di Eropah selepas bercuti di Paris dan London sememangnya terus menjadi perhatian apabila perutnya tidak dapat disembunyikan lagi. 

Klik gambar untuk size besar
 

Ini kerana, foto Fasha yang dimuatnaik oleh ibu mertuanya Raja Noora, sememang sangat jelas memperlihatkan baby bumpnya. Dan dengar kata, kandungan Fasha kini sudah masuk bulan ke lima. 

Harapan kita, moga Fasha akan mengesahkan kehamilannya dengan segera meskipun dia kini jarang memuatnaik gambarnya di laman sosial. Bak kata pepatah, Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? Heh!