**OK… tajuk di atas hanya lawak…. bukan serius… cara admin la menulis… lain pada orang lain…
Gambar seekor singa Africa ditemui mati terjerut kabel di Zoo Surabaya mula tersebar di laman siber sejak semalam.
Kematian singa berusia 18 bulan yang dipanggil Michael itu membuatkan
aktivis haiwan kian bising dan meminta siasatan mendalam dilakukan di
zoo terlibat.
Hal ini kerana antara bulan Julai hingga September tahun lepas sahaja, lebih 40 haiwan dilaporkan mati di zoo itu.
Antaranya termasuk seekor zirafah yang didapati menelan plastik seberat
20 kilogram dalam perutnya serta seekor harimau yang mengalami pereputan
usus selepas diberi makan daging bercampur bahan kimia.
Haiwan-haiwan di Zoo Surabaya turut dilaporkan berada dalam keadaan menyedihkan.
Malah nasib sebilangan haiwan di sana menimbulkan simpati pengunjung
seperti gajah yang dipakaikan gelang di kaki, unta yang terlalu kurus
dan harimau yang diletakkan dalam kandang kecil.
Tambah menimbulkan kemusykilan, bangkai singa yang mati tergantung telah
diturunkan oleh pihak zoo dan disembunyikan hingga bedah siasat tidak
dapat dibuat.
Sementara itu, jurucakap zoo menafikan bahawa kematian berpunca daripada
kecuaian sebaliknya memberikan alasan pada usianya singa tersebut gemar
bermain dan itu mungkin menjadi puca lehernya terjerut kabel hingga
mengakibatkan kematian.
- Mynewshub.my
Keadaan Zoo Surabaya Sampai Singa Gantung Diri?