Sejak 17 hari lalu, rakyat Malaysia dan seluruh dunia dihimpit perasaan pilu sebaik berita tempatan serta antarabangsa melaporkan pesawat MAS MH370 hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Sepanjang lebih tiga minggu misi mencari dan menyelamat dijalankan, malam semalam menjadi detik paling mendukacitakan apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan bahawa Lautan Hindi menjadi lokasi terakhir MH370.
Ini sekaligus bermaksud kapal terbang yang membawa 239 penumpang termasuk kru dan dua juruterbang terhempas di lautan tersebut berhampiran barat Perth.
Perkhabaran sedih itu pastinya amat sukar untuk diterima dan ditelan oleh kaum keluarga mangsa biarpun kebanyakan daripada mereka ternyata redha dengan sebarang kemungkinan.
Namun salah seorang penyampai radio popular, Fara Fauzana mengambil pendekatan bijak dengan menjadi teman berborak kepada Maira iaitu anak ketua pramugara , Andrew Nari yang turut berada di dalam pesawat berkenaan.
Mungkin dengan cara sebegitu, Fara dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang masyarakat prihatin dalam membantu meringankan beban kaum keluarga mangsa yang terlibat.
Menerusi laman Instagram Fara pagi ini, selebriti itu turut berkongsi perbualannya dengan gadis bernama Maira berusia 18 tahun itu yang disifatkan cukup tabah menghadapi dugaan ini.
Malah Maira turut melahirkan rasa syukur atas kata-kata semangat dan doa yang diberikan oleh seluruh masyarakat. Tiada apa yang mampu diberikan oleh gadis itu selain berharap Tuhan dapat membalas jasa mereka.
Dengan apa yang berlaku ketika ini, kami di ADMIN! mengucapkan takziah kepada keluarga dan mereka yang mempunyai pertalian rapat dengan mangsa. Semoga mereka terus tabah dan sentiasa kuat menghadapi dugaan.
Pembantu Rumah Nora Danish Yang Cun