Saturday 5 April 2014

Nabil Mentor Sah Bergelar Suami Adelia

Penyanyi yang bakatnya mula dicungkil menerusi program realiti nyanyian Mentor, Nabil Zamanhuri dilaporkan telah selamat bergelar suami kepada tunangnya, Adelia Citra Hapsari, Sabtu lalu.
Nabil yang popular dengan lagu Hati Ini turut menghiburkan tetamu dan isterinya apabila mendendangkan sendiri lagu ketika di majlis resepsinya yang diadakan pada sebelah malam.
Nabil, 27, dan Adelia, 26, yang merupakan gadis kelahiran Surabaya, Indonesia mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Pasangan ini bertunang November tahun lalu di sebuah restoran terkemuka di ibu kota.
Tahniah Nabil dan isteri!
nabil
nabil1
nabil2
nabil3
nabil4

0 comments:

Post a Comment