Monday, 27 January 2014




Mungkin ada yang sudah membacanya berita yang dikongsikan di Sindo News ini sekitar awal Disember lalu tetapi kisah ini boleh dijadikan iktibar buat anda semua.

Seorang kanak-kanak yang diberi nama Adit yang berusia 6 tahun berasal dari Tanjung Batu Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia, dijumpai oleh seorang peniaga sayur pada 15 Disember lalu di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di dalam keadaan menyayat hati dan berdarah-darah.

Apabila ditanya, rupanya kanak-kanak malang ini telah didera dan diseksa oleh ibu tirinya. Seluruh tubuh Adit kelihatan penuh dengan luka dan lebih teruk lagi apabila bibir,lidah dan kemaluan Adit telah digunting dan dilukai oleh wanita itu.

Dari pengakuan Adit ibu tirinya bernama Ervina dan ayahnya bernama Isam. Ibu kandung Adit tinggal di Medan bersama suami barunya dan juga kakak kepada Adit yang berusia 9 tahun. Apabila dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, terdapat kesan bengkak pada bibir dan lidah Adit kerana didera dan apabila jururawat menyuap makanan ke dalam mulut Adit, kanak-kanak ini menangis, kerana merasa pedih di bahagian lidah dan bibirnya.



Tak cukup dengan itu, di kepalanya ada empat bekas luka dan berlubang dan salah satu luka itu sudah bernanah. Namun, ada juga bekas luka yang sudah mengering.

Terkini, pihak polis sudah memberkas ibu tirinya dan menyatakan bahawa mungkin ibu tiri Adit mengalami sakit jiwa.

Hal ini diketahui setelah pihak polis melakukan ujian psikologi terhadapnya. Selepas ditemubual mengenai penganiayaan yang dilakukan terhadap anak tirinya, dia tak sedikit pun menunjukkan penyesalan dan tak mengaku salah sama sekali. Sumber

Foto Terkini Juliana Evan di AS

Gambar Terkini Juliana Evan di AS | Agak lama juga tidak mendengar khabar berita dari selebriti yang sedang menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat, Juliana Evans.

Gambar Terkini Juliana Evan di AS

Juliana yang satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan pelawak terkenal Zizan Razak dilihat lebih ceria dan gembira berada disana dengan pelbagai aktiviti lasak yang beliau lakukan bagi mengisi masa lapang.


Antara yang menarik ialah gambar beliau menconteng mukanya sebelum membawa ATV dan beberapa gambar menaiki helikopter. Jom layan beberapa gambar yang telah Juliana kongsikan di laman Instagramnya...



**OK… tajuk di atas hanya lawak…. bukan serius… cara admin la menulis… lain pada orang lain…
Gambar seekor singa Africa ditemui mati terjerut kabel di Zoo Surabaya mula tersebar di laman siber sejak semalam.
Kematian singa berusia 18 bulan yang dipanggil Michael itu membuatkan aktivis haiwan kian bising dan meminta siasatan mendalam dilakukan di zoo terlibat.
Hal ini kerana antara bulan Julai hingga September tahun lepas sahaja, lebih 40 haiwan dilaporkan mati di zoo itu.
Antaranya termasuk seekor zirafah yang didapati menelan plastik seberat 20 kilogram dalam perutnya serta seekor harimau yang mengalami pereputan usus selepas diberi makan daging bercampur bahan kimia.
Haiwan-haiwan di Zoo Surabaya turut dilaporkan berada dalam keadaan menyedihkan.
Malah nasib sebilangan haiwan di sana menimbulkan simpati pengunjung seperti gajah yang dipakaikan gelang di kaki, unta yang terlalu kurus dan harimau yang diletakkan dalam kandang kecil.
article-2535918-19C1796F00000578-491_306x423
article-2535918-19C1795A00000578-890_634x423
article-2535918-19C1789C00000578-275_634x352
Tambah menimbulkan kemusykilan, bangkai singa yang mati tergantung telah diturunkan oleh pihak zoo dan disembunyikan hingga bedah siasat tidak dapat dibuat.
Sementara itu, jurucakap zoo menafikan bahawa kematian berpunca daripada kecuaian sebaliknya memberikan alasan pada usianya singa tersebut gemar bermain dan itu mungkin menjadi puca lehernya terjerut kabel hingga mengakibatkan kematian.
- Mynewshub.my
article-2535918-1A7F27E700000578-568_306x423

Cerita Sedih – ‘Bank In’ RM20 Renyuk


CERITA yang bakal penulis kongsikan ini merupakan pengalaman seorang individu yang sedang hangat disebarkan melalui laman Facebook:
“Kisah Benar….
At bank just now. Ternampak sorang pakcik ni dok terkebil2 depan aku. Mula2 tak perasan kasut dia mcm dlm gmbr. Bila turn dia, dia macam tak senang hati dan pandang belakang. Bermula la conversation kami.
Kisah Sedih - 'Bank In' RM20 Renyuk
Dia : Dik mcm mana nk masuk duit ni?
Aku : Ada number akaun? Meh sy buat.
Dia : 10ya(RM10) boleh dik?
Aku : Boleh je 
Dia : Adik ada tukar rm10 dua keping? (sambil hulur note rm20 yg renyuk)
Aku : Alamak sy ada sekeping je rm10. 
Dia : Takpe lah dik, masuk rm20 ni je.
Aku : Duit ni mesin tak terima. Kena yg keras.
Dia : (Buka dompet yg penuh dgn resit n takde sekeping pun duit). Anak pakcik nak duit tu dik. Kesian dia.
Aku : Ohh, (tlg bankin, ht kecil mnangis, Allahurabbi)
Tade guna cerita pnjg kalau takde moral kan? Moral kt sini, terlalu ramai org yg susah skrg. RM20 tu bg pakcik tu sgt2 berharga. Kita? Cuba check diri kita. RM1000 kat tgn mungkin tak kenal lg erti syukur. Bukan semua. Tp sbg manusia, terkadang kita leka :’) bersyukurlah!”
Memang sebak bila membaca perkongsian ini. Penulis sendiri sebelum ini pernah melihat seorang pakcik di mesin ATM yang cuba mengeluarkan amaun sebanyak RM20.
Bagaimanapun, percubaannya gagal kerana mesin pada waktu itu hanya mengeluarkan nota RM50 sahaja. Akhirnya dia berlalu pergi begitu sahaja.
Kesimpulannya, sebelum kita merungut mengatakan kehidupan kita susah, pasti ada orang lain yang berganda-ganda lebih susah daripada kita. Muhasabah diri…
-Mynewshub.my

Antara Sebab Isteri Sering Di Ceraikan




Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com


-Sinar Harian

HUJUNG tahun ini nampaknya dimanfaatkan oleh pasangan bahagia, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk bercuti di kota London.
Melalui laman Instagram, kedua-duanya berkongsi gambar-gambar sewaktu berada di sana.
Walaupun tiada gambar bayi mereka, Ahmad Fakharuddin Attar, namun kami yakin Aeril dan Wawa turut membawanya bersama berdasarkan gambar kereta sorong bayi yang dimuatnaik bersama.
Apa pun, kami harapkan yang terbaik buat keluarga ini dan semoga tahun 2014 yang bakal tiba esok akan membawa bersama episod luka yang pernah dilalui sebelum ini.
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Bercuti Ke London
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Bercuti Ke London
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Bercuti Ke London
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Bercuti Ke London

Kuasa Cinta Mat Bangla



Kuala Lumpur: Bimbang percintaannya dengan lelaki warga Bangladesh tidak direstui, seorang wanita bertindak melangsungkan pernikahan dengan lelaki itu tanpa pengetahuan keluarganya.

Bagaimanapun, pernikahan itu terbongkar apabila ibu wanita berusia 29 tahun itu menyedari perubahan fizikal dirinya menyebabkannya terpaksa menceritakan perkara sebenar.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, wanita itu mendakwa bernikah dengan lelaki berusia 30-an itu secara wali hakim di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Kajang melalui pendaftar nikah, cerai dan rujuk.

“Pegawai terbabit tidak bertanya sama ada saya masih mempunyai bapa dan saya juga tidak memberitahu apa-apa kerana nak sembunyikan pernikahan daripada keluarga,” katanya pada prosiding perbicaraan permohonan pengesahan nikah di sini, semalam.

Sementara itu, bapa wanita berkenaan yang hadir memberi keterangan berkata, dia tidak tahu anak perempuannya sudah bernikah dengan lelaki Bangladesh sehinggalah surat nikah anaknya itu tiba di rumahnya di Melaka pada tahun lalu.

“Selepas tahu dia sudah bernikah, saya tanya di mana dia berkahwin dan saya kemudian pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk bertanyakan bagaimana pernikahan itu boleh dijalankan tanpa pengetahuan saya.

“Wali mewakilkan pernikahan anak saya itu kemudian memberitahu tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana pernikahan sudah dijalankan. Tiga hari kemudian, mereka menelefon meminta saya datang untuk menjalankan akad nikah kali kedua pada 7 September 2012,” kata warga emas itu.

Sementara itu, saksi kedua yang juga bapa angkat lelaki Bangladesh itu memberitahu mahkamah dia tahu anak angkatnya itu berkawan dengan seorang wanita tempatan, tetapi tidak tahu bila mereka bernikah.

Bagaimanapun, dia memberitahu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat pada pernikahan kali kedua yang turut dihadiri bapa wanita berkenaan. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab kemudian menetapkan 16 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi meneliti beberapa perkara yang menjadi isu dalam kes itu kerana ia membabitkan sebuah jabatan agama.<
Pertandingan ini dikatakan telah diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada aktiviti di dalam penjara negara itu. Apa-apapun, segelintir gadis banduan ini pun nampak masih menawan. Yang paling penting adalah pengawal penjara adalah juri. 


Sunday, 26 January 2014

Dipercayai bahawa gambar di atas merupakan bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan Rusia akibat menagih dadah. Tidak dapat dipastikan bahawa bayi yang dilahirkan hidup atau mati.
 

Sunday, 19 January 2014

Tengku Mahkota Johor sememangnya diketahui rakyat mempunyai agak banyak jumlah koleksi kereta mewah dan motorsikal. Di bawah merupakan 13 dari beberapa koleksi kereta mewah beliau yang memang sangat superb!!! Jom Layan...


13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ



13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

13 Gambar Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ