Tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim yang kini bergelar bapa apabila isteri keduanya, Wan Sakinah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 11.50 malam, Sabtu lalu. 
Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal dengan berat 2.51 kilogram di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara. 
"Alhamdulillah, sy selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51kg secara normal. Terima kasih kpd yg sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu & anak sihat.. "Assalammualaikum sayang.. Selamat datang ke bumi Allah S.W.T.. Awk ade dua ibu tau! We love u Dayana!!" Tulis Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya. 
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada pasangan ini, semoga bayi yang baru dilahirkan ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.