Monday, 14 April 2014

Semalam, hampir dua juta pelawat kami mendoakan agar Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin dapat rujuk atau bersatu semula. Semuanya gara-gara ayat 'masih ada rindu' yang diluahkan oleh bekas suaminya melalui laman sosial berbunyi "Im not ashamed to show that i stil hv strong n steep feelings fr SA." 

Tambah menarik apabila Emran dan anaknya Aleesya turut mencipta hashtag #prayformomandayah yang diabadikan di baju T. Malah Emran turut bertanya pada anaknya apakah Aleesya mahu membantunya memenangi semula ibu ... jawab anaknya YA!. 

Klik gambar untuk size besar
 

Bagaimanapun, impian Aleesya, Emran dan jutaan peminat kemungkinan musnah dan tidak kesampaian apabila Erra Fazira dilihat seolah 'tawar hati' dengan bekas suaminya itu. Kata Erra, dia tidak mahu isu tersebut diperbesarkan dan amat terkejut dengan perkembangan terbaru itu. 

Sehubungan itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya. 

Hashtag #prayformomandayah yang dipakai Aleesya 
 

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. 

"Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya dipetik sebagai berkata. 

Please Mom...!!
 

Tambah pelakon dan penyanyi itu, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran. 

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. 

Gambar yang pernah dimuatnaik oleh Emran baru-baru ini
 

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya seolah masih ada 'luka' lama yang terpendam. 

Sebagai rekod, Emran dan Erra pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum mengambil keputuisan untuk bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor dengan talak satu. 

 

0 comments:

Post a Comment