Monday, 14 April 2014

Beberapa hari lepas, Engku Emran menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik satu status panjang lebar yang menyatakan hasratnya ingin merujuk semula Erra Semula selepas genap sebulan bercerai.

Di sebalik status itu, Engku Emran turut mencipta hastag #prayformomandayah yang diabadikan pada baju-T anaknya, Engku Aleesya. Bagaimanapun, hasrat Engku mungkin tinggal hanya kenangan apabila Erra memberitahu sudah tawar hati dengan bekas suaminya.

Sehubungan dengan itu, aktres berusia 40 tahun itu meminta orang ramai dan Engku untuk menghormati privasinya. Kata Erra, tiada ibubapa yang tidak mahu membahagiakan anak

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya."



Jelas pelakon itu, meskipun lebih dua juta pembaca mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik."

0 comments:

Post a Comment